Welcome Homies

We come in different shapes and sizes. But in our heart there's always one country that we love - Malaysia. We are only 17 of age and if we put info's of Malaysia wrongly please do forgive us. This blogger is created of behalf of our civics project 2010. And we are from Sekolah Menegah Kebangsaan Convent, Ipoh, Perak. Please do support us (: XOXO ! - The director

17 June 2010

Pemodenan Fesyen Di Malaysia.

Pelbagai busana tradisional telah lahir di Malaysia mengikut bangsa yang terdirii daripada Melayu, Cina dan India. Busana tradisional seperti baju kurung bagi masyarakat Melayu telahpun dimodenkan oleh para pereka fesyen di Malaysia. Sebagai contoh, Baju kurung telah diubahsuai menjadi kurung mooden tanpa pesak. Selain itu, fabrik yang digunakan untuk membuat busana ini telah dipelbagaikan. antara fabrik yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat ialah kain sifon yang ;lembut. Penggunaan kain Sifon menyerlahkan bentuk badan si pemakai dan tidak ketinggalan, corak abstrak yang ada pada fabrik sifon ini mampu menaikkan seri baju kurung yang sering kelihatan polos pada mulanya.
Hiasan seperti manik dan labuci mewah telah melengkapkan gaya pada baju kurung moden yang dibuat. sulaman benang emas dan perak juga menarik perhatian masyarakat sekeliling terhadap baju kurung.
Tidak ketinggalan, baju kebaya juga merupakan salah satu busana yang mampu menyerlahkan gaya si pemakai. baju kebaya terdiri daripada baju kebaya panjang dan baju kebaya nyonya.
Selain itu, baju Cheongsam yang merupakan baju tradisional masyarakat Cina telah dimodenkan juga. penggunaan fabrik sutera telah memodenkan rupa bentuk Cheongsam di samping jenis butang cheongsam yang digunakan. namun, ciri-ciri klasik masih dikekalkan seperti penggunaan warna merah untuk busana ini.
Baju Sari juga tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. antara gaya yang mampu dimodenkan ialah penggunaan fabrik yang lebih lembut dan ringan . selain itu, ciri-ciri seperti manik yang sarat telah dicantumkan untuk menyerlahkan gaya si pemakai.

No comments:

Post a Comment