Welcome Homies

We come in different shapes and sizes. But in our heart there's always one country that we love - Malaysia. We are only 17 of age and if we put info's of Malaysia wrongly please do forgive us. This blogger is created of behalf of our civics project 2010. And we are from Sekolah Menegah Kebangsaan Convent, Ipoh, Perak. Please do support us (: XOXO ! - The director

17 June 2010

Malaysia dan Fesyen


Di Malaysia, industri fesyen telah menjadi salah satu industri yang sedang giat berkembang. melalui pelbagai ciptaan para pereka fesyen, fesyen busana di Malaysia telah mencipta nama di persada antarabangsa.
Kehadiran para pereka fesyen ternama yang berjaya mencipta fesyen busana yang pelbagai telah menyumbang pelbagai kemajuan dalam industri fesyen di Malaysia. rekaan yang ditonjolkan pula berjaya menerapkan unsur-unsur moden yang masih tidak meninggalkan ciri-ciri masyarakat asia, khususnya, bangsa di Malaysia. Hal ini demikian telah menjadikan fesyen di Malaysia menjadi salah satu fesyen yang mempunyai ciri-ciri yang menyeluruh bukan sahaja dari segi pemodenan gaya malah keluhuran budaya bangsa masih dijaga rapi.
Antara pereka fesyen yang berjaya mencipta nama dalam industri fesyen di Malaysia dan antarabangsa ialah Dato Bernard Chandran. beliau telah mengembangkan trend fesyen di Malaysia ke persada dunia. Antara bukti kejayaan dan sumbangan beliau ialah :

  • Dinobatkan sebagai "Prince of Fashion" di Malaysia.
  • Menjadi pereka fesyen untuk kerabat diraja Malaysia dan Brunei.
  • Dinobatkan sebagai Malaysia's "King of Fashion"
  • Menjadi pereka fesyen untuk Miss Universe.
  • Menjadi 'chief designer' untuk program "Project Runway Malaysia 2007"

Rekaan para pereka fesyen yang lain telah banyak melahirkan banyak butik ternama di Malaysia yang membawa nama Malaysia di persada dunia. Sebagai contoh, butik Noor Arfa telah mengangkat nama dan martabat fesyen di merata dunia. Syarifah Kirana dan Jimmy Choo juga turut menyumbang te naga dalam melahirkan fesyen yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment