Welcome Homies

We come in different shapes and sizes. But in our heart there's always one country that we love - Malaysia. We are only 17 of age and if we put info's of Malaysia wrongly please do forgive us. This blogger is created of behalf of our civics project 2010. And we are from Sekolah Menegah Kebangsaan Convent, Ipoh, Perak. Please do support us (: XOXO ! - The director

19 June 2010

Kraftangan Malaysia

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kraftangan yang dihasilkan dengan kreatif dan halus. Seni halus yang ingin diserlahkan dapat ditonjolkan melalui kreativiti dan ketekunan seseorang individu yang dihasilkannya. Kraftangan di Malaysia sesungguhnya mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menghidupkan lambang kesenian sesuatu budaya bangsa.
Antara kraftangan yang paling popular di Malaysia ialah tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. pembuatan tembikar giat diusahakan oleh masyarakat Melayu terutama sekali di Kuala Kangsar, Perak.
Seni pembuatan tembikar memakan masa yang agak lama dalam menghasilkan tembikar yang berkualiti. Selain daripada kekukuhan tembikar, seni ukiran yang menarik juga turut diambil kira.
Di samping itu, songket buatan tangan juga merupakan salah satu kraftangan popular dan terbaik di Malaysia. kehalusan tenunan benang yang ditenun tangan telah menjadikan songket sebagai salah satu kraftangan yang mahal dan berkualiti tinggi selain dari kecantikan dan keunikan rekaan tenunan benang emas yang digunakan.
Bakul anyaman dan tikar mengkuang juga merupakan kraftangan tradisi yang dianyam dengan menggunakan daun mengkuang. kemudian, batik juga merupakan kraftangan yang berjaya dibawa ke persada dunia. batik yang berkualiti selalunya dicanting tangan oleh pembuat batik tersebut. keunikan corak pada batik yang dihasilakn berjaya menambat hati individu yang melihatnya.

No comments:

Post a Comment